Thursday

Berehat Seketika...

Kami menghentikan untuk sementara waktu semua tempahan kerana kami semua bakal menghadapi peperiksaan  akhir semester pada 8 Nov - 15 Nov.

Sunday

Multi BAR dan Chocore-to

Multi BAR

Multi BAR merupakan produk makanan yang dihasilkan sendiri oleh Regolith Enterprise. Multi BAR atau nama lainnya energy bar/snack bar/cereal bar merupakan makanan kesihatan yang memberikan tenaga dan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Ia sesuai diambil ketika sarapan atau sebelum melakukan sebarang aktiviti.

Multi BAR terdiri daripada coklat, oat, bijirin, madu, emping jagung dan perisa yang dibenarkan.



Chocore-to


Chocore-to merupakan produk makanan kedua kami yang mendapat sambutan ramai pada Techno Day 2010 yang lepas. Ia merupakan bar coklat yang berkhasiat kerana kami mengadunkan bahan-bahan seperti coklat (semestinya), kismis, oat, emping jagung serta rice crispies.






Untuk tempahan, sila hubungi nombor di bawah:


Afiq Asnawi - 019-654 8928
Syafiq Azam - 012-929 1090

Anda juga mungkin berminat dengan pautan di bawah:
Jersi EPL Musim 2010/11
Jersi La Liga, Serie A Musim 2010/11

Techno Day 2010

3 Oktober, Ahad
Pagi tadi telah berlangsungnya satu acara iaitu Techno Day @ Hari Tekno. Program ini telah dijayakan oleh 60 buah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Setiap syarikat dikehendaki mencipta/menghasilkan produk mereka sendiri sama ada produk baru atau produk yang telah 'dinilai-tambahkan' (value added). Program ini telah dijayakan oleh UniKL MICET dengan kerjasama Techno Club dan SIFE UniKL MICET. 

Regolith Enterprise merupakan salah satu syarikat yang menyertai program ini. Kami telah diberikan tapak gerai bernombor 49. Kami telah menghias dan menggubah gerai kami dengan berkonsepkan ala Anime Jepun.

Persiapan gerai

Dari kiri: CEO Regolith, CMO Regolith
Regolith Cosplayer
Regolith! Go!

Samurai

Program ini bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 1. Kami dimaklumkan pihak MICET, UiTM Lendu, Kolej RISDA dan UniKL MIAT akan menghadiri program ini tapi seperti biasa, "janji tinggal janji" dan "bagai menanam tebu di pinggir bibir". Kebanyakan pelajar tidak berpuas hati kerana kurangnya promosi dari pihak universiti sehingga terpaksa menjual produk antara satu sama lain.

Kami bernasib baik kerana produk kami dapat dijual sepenuhnya. Kebanyakan pengunjung yang merasa produk kami memberikan reaksi positif.

Program ini berakhir pada pukul 2 petang dan sesi penyampaian hadiah diadakan dengan 5 kategori dipertandingkan: Produk Terbaik, Promosi Terbaik, Gerai Tercantik, Gerai Terbersih dan Gerai Bertuah (Cabutan).

Alhamdulillah, Regolith Enterprise berjaya menggondol Johan Kategori Promosi Terbaik. Walaupun kami tidak berjaya memenangi Produk Terbaik, kami tidak akan berputus asa dan akan terus menghasilkan yang terbaik untuk projek akan datang.

Johan Kategori Promosi Terbaik


Anda mungkin berminat dengan pautan di bawah:
Jersi EPL Musim 2010/11
Jersi La Liga, Serie A Musim 2010/11

Thursday

Technopreneur Day 2010

Technopreneur Day atau Techno Day (atau lebih dikenali sebagai Hari Usahawan oleh kita semasa di sekolah dulu) merupakan agenda wajib yang perlu disertai oleh para pelajar UniKL MICET yang mengambil subjek WBB 10102 Technopreneurship.

Setiap pelajar mesti menubuhkan dan mendaftarkan syarikat mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi membolehkan mereka memperoleh lesen berniaga yang sah. Apabila telah menubuhkan syarikat yang berdaftar, mereka wajib menghasilkan produk sendiri berasaskan bidang yang diikuti oleh mereka di UniKL MICET. Bidang-bidang yang ada di MICET adalah Process, Food, Bioproses, Environment dan Polymer. Contohnya, jika pelajar tersebut mengambil bidang Food Engineering Technology, mereka haruslah menghasilkan produk berasaskan makanan.

Setiap syarikat terdiri daripada 4 ke 5 orang ahli yang dijalankan secara perkongsian. Semua syarikat telah didaftarkan pada 16 Ogos 2010 di Pusat Pentadbiran UniKL MICET.

Setiap syarikat juga mesti mengemukakan Business Plan (Pelan Perniagaan) sebelum menghadiri Techo Day.

Techno Day merupakan kolaborasi anjuran oleh UniKL MICET, Techno Club dan SIFE UniKL MICET.

Techno Day 2010
Tarikh/Hari: 3 Oktober 2010/Ahad
Masa: 0800 - 1400
Tempat: Dataran Keris, Alor Gajah, Melaka

Apa tunggu lagi? Jumpa kami di sana!!

Produk Makanan Regolith

InsyaAllah, syarikat kami akan mengeluarkan produk makanan pertama kami - MultiBAR. Buat masa ini, ia sedang dihasilkan di makmal pemprosesan makanan di Nilai. Jika tiada apa-apa halangan, produk ini akan dijual di Techno Day 2010 dan akan menjadi produk pertama yang dihasilkan oleh Regolith Enterprise.

Regolith Enterprise didaftarkan atas lima jenis perniagaan; makanan dan minuman, pakaian, kaunseling, mesin dan peralatan, dan sewa kenderaan. Oleh itu, produk MultiBAR akan dikeluarkan oleh Regolith F&B (Regolith Food and Beverage).

Sama-samalah kita nantikan multibar yang pertama di Malaysia.

Tuesday

Cara-cara untuk membuat tempahan

Nampaknya masih ada lagi di kalangan pengunjung blog yang bertanya bagaimana untuk membuat tempahan jersi. Kami faham perasaan anda dan kami kemukakan langkah-langkah mudah untuk membuat tempahan supaya anda tidak keliru dan faham dengan sistem kami.

Langkah 1: Emel atau SMS kami yang anda berminat untuk menempah jersi dan sertakan nama dan emel anda.

Langkah 2: Kami akan menghantar borang tempahan khas daripada kami ke emel anda.

Langkah 3: Hantar kembali borang tempahan anda kepada kami supaya kami dapat membuat semakan stok. Dalam masa 24 jam, kami akan mengesahkan tempahan anda dengan menghubungi anda.

Langkah 4: Apabila tempahan anda telah disahkan oleh anda dan daripada pihak kami, anda diminta untuk membuat pembayaran ke dalam akaun bank pihak kami. Mengenai cara-cara pembayaran, boleh klik sini

Langkah 5: Setelah bayaran telah dibuat, kami akan mula memproses tempahan anda dan dijangka mengambil masa selama 7 hari bekerja. Kami akan menghantar tracking number daripada pihak POSLAJU kepada anda sebagai bukti penghantaran dan sebagai bukti penerimaan anda.

Langkah 6: Hubungi kami apabila anda telah menerima tempahan anda.

Promosi! Promosi! Promosi!

Walaupun baru beberapa hari dilancarkan, blog kami telah mendapat tempahan yang luar biasa daripada para pelanggan. Oleh itu, untuk menghargai para pelanggan yang sedia ada dan juga pelanggan baru, kami menawarkan pakej promosi kepada anda semua di samping sebagai pengenalan kepada syarikat kami.

Harga Biasa = RM 39.90 sehelai

Harga Promosi

Pakej 1
2 helai untuk RM 75.00! (termasuk pos)

ATAU

Pakej 2
10 helai dengan harga RM 370.00 sahaja!! (termasuk pos)

ATAU

Pakej 3
12 helai dengan harga RM 480.00 + 1 jersi! (termasuk pos)

Cara pembayaran, boleh klik sini

*Tawaran hanya terhad kepada jersi biasa yang tidak bernombor sahaja. Jersi bernombor dijual dengan harga biasa.
*Tawaran ini juga hanya sah dalam tempoh yang terhad.








Anda juga mungkin berminat dengan pautan ini:

Monday

Jersi EPL, La Liga dan Serie A dengan Nama Pemain!

Gred: 4A (99% seperti original)
Saiz: Terhad (Bergantung kepada nama pemain)
Kualiti kain yang terbaik dan logo bersulam
Harga: RM 55.00 sahaja

Emelkan kepada kami tempahan anda melalui regolith.enterprise@gmail.com 
Mengenai cara pembayaran, boleh klik sini

Berikut merupakan jersi yang mempunyai nama pemain-pemain:



Barcelona - Lionel Messi
Barcelona - Andrea Iniesta
Barcelona - David Villa
Barcelona - Xavi
Manchester United - Chicharito
Arsenal - Cesc Fabregas
Arsenal - Andriy Arshavin
Liverpool - Steven Gerrard
Liverpool - Fernando Torres



Liverpool - Joe Cole

 

Cara-cara Pembayaran

Pembayaran boleh dibuat melalui akaun-akaun di bawah:

04120020107528 (Muhammad Afiq)


164557148383 (Mohd Iqmal Haqimi)
10508800054610 (Afiq Asnawi)


Sebagai langkah-langkah keselamatan, anda diminta untuk simpan transaksi yang dilakukan sama ada melalui auto teller machine (ATM) ATAU secara online ATAU hanya memaklumkan kepada kami apabila transaksi sudah dilakukan bagi memudahkan urusan penghantaran. Kami juga akan membekalkan tracking number kepada anda apabila barang anda sudah dipos.

Sebarang pertanyaan, boleh terus menghubungi kami:
Afiq - 019-654 8928
Bill - 013-694 1178
Mal - 013-635 6469

Untuk mengetahui cara-cara untuk membuat tempahan, klik sini

Sunday

Jersi La Liga dan Serie A Short Sleeve

Gred: 4A (99% seperti original)
Saiz: S, M dan XL sahaja
Kualiti kain yang terbaik dan logo bersulam
Harga: RM 39.90 sahaja

Emelkan kepada kami tempahan anda melalui regolith.enterprise@gmail.com
Mengenai cara pembayaran, boleh klik sini


Berikut adalah jersi yang ada buat masa ini:



Barcelona Home Kit
Real Madrid Home Kit
Inter Milan Home Kit
AC Milan Home Kit
AC Milan Away Kit














p/s: Kepada yang berminat untuk jadi pengedar di tempat anda, boleh juga menghubungi kami untuk mendapatkan harga yang menarik.

Jersi EPL 2010-11 Short Sleeve

Gred: 4A (99% seperti original)
Saiz: S, M dan XL sahaja
Kualiti kain yang terbaik dan logo bersulam
Harga: RM 39.90 sahaja

Emelkan kepada kami tempahan anda melalui regolith.enterprise@gmail.com
Mengenai cara pembayaran, boleh klik sini




Berikut adalah jersi yang ada buat masa ini:



Manchester United Home Kit
Chelsea Home Kit
Arsenal Home Kit
Arsenal Away Kit
Liverpool Home Kit
Liverpool Away Kit
Liverpool Third Kit















p/s: Kepada yang berminat untuk jadi pengedar di tempat anda, boleh juga menghubungi kami untuk mendapatkan harga yang menarik.

Carta Organisasi Syarikat

Friday

Pengenalan Syarikat

Regolith Enterprise (MA0150769-P) didaftarkan pada 16 Ogos 2010 di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Slogan syarikat "Lead the future for you" merupakan misi dan visi syarikat ini yang ingin menerajui masa depan pelanggan dengan produk kami.

Regolith Enterprise telah mendaftarkan perniagaan dalam bidang makanan, minuman, pakaian, mesin dan peralatan, dan sewa kereta.

Buat masa ini, kami hanya menjual jersi dahulu memandangkan produk makanan kami masih di peringkat percubaan.

Semoga syarikat ini dapat berkembang maju dalam 10 tahun akan datang. Amiin. Insya-Allah.