Didatangkan dengan inti coklat dan kacang merah, pasti menggamit rasa yang tak terhingga! ^^
Wednesday
Thursday
Semester baru, Perniagaan baru
Kami memulakan kembali perniagaan kami iaitu menjual jersi-jersi. Sekarang, jersi Malaysia dah ada untuk dimiliki.
Berehat Seketika...
Kami menghentikan untuk sementara waktu semua tempahan kerana kami semua bakal menghadapi peperiksaan akhir semester pada 8 Nov - 15 Nov.
Sunday
Multi BAR dan Chocore-to
Multi BAR
Multi BAR merupakan produk makanan yang dihasilkan sendiri oleh Regolith Enterprise. Multi BAR atau nama lainnya energy bar/snack bar/cereal bar merupakan makanan kesihatan yang memberikan tenaga dan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Ia sesuai diambil ketika sarapan atau sebelum melakukan sebarang aktiviti.
Multi BAR terdiri daripada coklat, oat, bijirin, madu, emping jagung dan perisa yang dibenarkan.
Chocore-to
Chocore-to merupakan produk makanan kedua kami yang mendapat sambutan ramai pada Techno Day 2010 yang lepas. Ia merupakan bar coklat yang berkhasiat kerana kami mengadunkan bahan-bahan seperti coklat (semestinya), kismis, oat, emping jagung serta rice crispies.
Untuk tempahan, sila hubungi nombor di bawah:
Afiq Asnawi - 019-654 8928
Syafiq Azam - 012-929 1090
Anda juga mungkin berminat dengan pautan di bawah:
Jersi EPL Musim 2010/11
Jersi La Liga, Serie A Musim 2010/11

Techno Day 2010
3 Oktober, Ahad
Program ini bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 1. Kami dimaklumkan pihak MICET, UiTM Lendu, Kolej RISDA dan UniKL MIAT akan menghadiri program ini tapi seperti biasa, "janji tinggal janji" dan "bagai menanam tebu di pinggir bibir". Kebanyakan pelajar tidak berpuas hati kerana kurangnya promosi dari pihak universiti sehingga terpaksa menjual produk antara satu sama lain.
Kami bernasib baik kerana produk kami dapat dijual sepenuhnya. Kebanyakan pengunjung yang merasa produk kami memberikan reaksi positif.
Program ini berakhir pada pukul 2 petang dan sesi penyampaian hadiah diadakan dengan 5 kategori dipertandingkan: Produk Terbaik, Promosi Terbaik, Gerai Tercantik, Gerai Terbersih dan Gerai Bertuah (Cabutan).
Alhamdulillah, Regolith Enterprise berjaya menggondol Johan Kategori Promosi Terbaik. Walaupun kami tidak berjaya memenangi Produk Terbaik, kami tidak akan berputus asa dan akan terus menghasilkan yang terbaik untuk projek akan datang.
Anda mungkin berminat dengan pautan di bawah:
Jersi EPL Musim 2010/11
Jersi La Liga, Serie A Musim 2010/11
Pagi tadi telah berlangsungnya satu acara iaitu Techno Day @ Hari Tekno. Program ini telah dijayakan oleh 60 buah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Setiap syarikat dikehendaki mencipta/menghasilkan produk mereka sendiri sama ada produk baru atau produk yang telah 'dinilai-tambahkan' (value added). Program ini telah dijayakan oleh UniKL MICET dengan kerjasama Techno Club dan SIFE UniKL MICET.
Regolith Enterprise merupakan salah satu syarikat yang menyertai program ini. Kami telah diberikan tapak gerai bernombor 49. Kami telah menghias dan menggubah gerai kami dengan berkonsepkan ala Anime Jepun.
![]() |
| Samurai |
Program ini bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 1. Kami dimaklumkan pihak MICET, UiTM Lendu, Kolej RISDA dan UniKL MIAT akan menghadiri program ini tapi seperti biasa, "janji tinggal janji" dan "bagai menanam tebu di pinggir bibir". Kebanyakan pelajar tidak berpuas hati kerana kurangnya promosi dari pihak universiti sehingga terpaksa menjual produk antara satu sama lain.
Kami bernasib baik kerana produk kami dapat dijual sepenuhnya. Kebanyakan pengunjung yang merasa produk kami memberikan reaksi positif.
Program ini berakhir pada pukul 2 petang dan sesi penyampaian hadiah diadakan dengan 5 kategori dipertandingkan: Produk Terbaik, Promosi Terbaik, Gerai Tercantik, Gerai Terbersih dan Gerai Bertuah (Cabutan).
Alhamdulillah, Regolith Enterprise berjaya menggondol Johan Kategori Promosi Terbaik. Walaupun kami tidak berjaya memenangi Produk Terbaik, kami tidak akan berputus asa dan akan terus menghasilkan yang terbaik untuk projek akan datang.
![]() |
| Johan Kategori Promosi Terbaik |
Anda mungkin berminat dengan pautan di bawah:
Jersi EPL Musim 2010/11
Jersi La Liga, Serie A Musim 2010/11
Wednesday
Thursday
Technopreneur Day 2010
Technopreneur Day atau Techno Day (atau lebih dikenali sebagai Hari Usahawan oleh kita semasa di sekolah dulu) merupakan agenda wajib yang perlu disertai oleh para pelajar UniKL MICET yang mengambil subjek WBB 10102 Technopreneurship.
Setiap pelajar mesti menubuhkan dan mendaftarkan syarikat mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi membolehkan mereka memperoleh lesen berniaga yang sah. Apabila telah menubuhkan syarikat yang berdaftar, mereka wajib menghasilkan produk sendiri berasaskan bidang yang diikuti oleh mereka di UniKL MICET. Bidang-bidang yang ada di MICET adalah Process, Food, Bioproses, Environment dan Polymer. Contohnya, jika pelajar tersebut mengambil bidang Food Engineering Technology, mereka haruslah menghasilkan produk berasaskan makanan.
Setiap syarikat terdiri daripada 4 ke 5 orang ahli yang dijalankan secara perkongsian. Semua syarikat telah didaftarkan pada 16 Ogos 2010 di Pusat Pentadbiran UniKL MICET.
Setiap syarikat juga mesti mengemukakan Business Plan (Pelan Perniagaan) sebelum menghadiri Techo Day.
Techno Day merupakan kolaborasi anjuran oleh UniKL MICET, Techno Club dan SIFE UniKL MICET.
Apa tunggu lagi? Jumpa kami di sana!!

Tarikh/Hari: 3 Oktober 2010/Ahad
Masa: 0800 - 1400
Tempat: Dataran Keris, Alor Gajah, Melaka
Subscribe to:
Posts (Atom)