Sunday

Techno Day 2010

3 Oktober, Ahad
Pagi tadi telah berlangsungnya satu acara iaitu Techno Day @ Hari Tekno. Program ini telah dijayakan oleh 60 buah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Setiap syarikat dikehendaki mencipta/menghasilkan produk mereka sendiri sama ada produk baru atau produk yang telah 'dinilai-tambahkan' (value added). Program ini telah dijayakan oleh UniKL MICET dengan kerjasama Techno Club dan SIFE UniKL MICET. 

Regolith Enterprise merupakan salah satu syarikat yang menyertai program ini. Kami telah diberikan tapak gerai bernombor 49. Kami telah menghias dan menggubah gerai kami dengan berkonsepkan ala Anime Jepun.

Persiapan gerai

Dari kiri: CEO Regolith, CMO Regolith
Regolith Cosplayer
Regolith! Go!

Samurai

Program ini bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 1. Kami dimaklumkan pihak MICET, UiTM Lendu, Kolej RISDA dan UniKL MIAT akan menghadiri program ini tapi seperti biasa, "janji tinggal janji" dan "bagai menanam tebu di pinggir bibir". Kebanyakan pelajar tidak berpuas hati kerana kurangnya promosi dari pihak universiti sehingga terpaksa menjual produk antara satu sama lain.

Kami bernasib baik kerana produk kami dapat dijual sepenuhnya. Kebanyakan pengunjung yang merasa produk kami memberikan reaksi positif.

Program ini berakhir pada pukul 2 petang dan sesi penyampaian hadiah diadakan dengan 5 kategori dipertandingkan: Produk Terbaik, Promosi Terbaik, Gerai Tercantik, Gerai Terbersih dan Gerai Bertuah (Cabutan).

Alhamdulillah, Regolith Enterprise berjaya menggondol Johan Kategori Promosi Terbaik. Walaupun kami tidak berjaya memenangi Produk Terbaik, kami tidak akan berputus asa dan akan terus menghasilkan yang terbaik untuk projek akan datang.

Johan Kategori Promosi Terbaik


Anda mungkin berminat dengan pautan di bawah:
Jersi EPL Musim 2010/11
Jersi La Liga, Serie A Musim 2010/11

No comments:

Post a Comment