Thursday

Technopreneur Day 2010

Technopreneur Day atau Techno Day (atau lebih dikenali sebagai Hari Usahawan oleh kita semasa di sekolah dulu) merupakan agenda wajib yang perlu disertai oleh para pelajar UniKL MICET yang mengambil subjek WBB 10102 Technopreneurship.

Setiap pelajar mesti menubuhkan dan mendaftarkan syarikat mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi membolehkan mereka memperoleh lesen berniaga yang sah. Apabila telah menubuhkan syarikat yang berdaftar, mereka wajib menghasilkan produk sendiri berasaskan bidang yang diikuti oleh mereka di UniKL MICET. Bidang-bidang yang ada di MICET adalah Process, Food, Bioproses, Environment dan Polymer. Contohnya, jika pelajar tersebut mengambil bidang Food Engineering Technology, mereka haruslah menghasilkan produk berasaskan makanan.

Setiap syarikat terdiri daripada 4 ke 5 orang ahli yang dijalankan secara perkongsian. Semua syarikat telah didaftarkan pada 16 Ogos 2010 di Pusat Pentadbiran UniKL MICET.

Setiap syarikat juga mesti mengemukakan Business Plan (Pelan Perniagaan) sebelum menghadiri Techo Day.

Techno Day merupakan kolaborasi anjuran oleh UniKL MICET, Techno Club dan SIFE UniKL MICET.

Techno Day 2010
Tarikh/Hari: 3 Oktober 2010/Ahad
Masa: 0800 - 1400
Tempat: Dataran Keris, Alor Gajah, Melaka

Apa tunggu lagi? Jumpa kami di sana!!

No comments:

Post a Comment