InsyaAllah, syarikat kami akan mengeluarkan produk makanan pertama kami - MultiBAR. Buat masa ini, ia sedang dihasilkan di makmal pemprosesan makanan di Nilai. Jika tiada apa-apa halangan, produk ini akan dijual di Techno Day 2010 dan akan menjadi produk pertama yang dihasilkan oleh Regolith Enterprise.
Regolith Enterprise didaftarkan atas lima jenis perniagaan; makanan dan minuman, pakaian, kaunseling, mesin dan peralatan, dan sewa kenderaan. Oleh itu, produk MultiBAR akan dikeluarkan oleh Regolith F&B (Regolith Food and Beverage).
Sama-samalah kita nantikan multibar yang pertama di Malaysia.
No comments:
Post a Comment